Dengan pilihan menu sedia ada yang luas, gunakan jadual di bawah untuk membantu menentukan bahagian daging lembu yang disyorkan untuk cara memasak yang khusus.

Masa masak harus ditentukan oleh cara memasak yang dipilih, bahagian dan berat daging tersebut.

Bahagian daging lembu Disyorkan untuk Cara memasak

Cara memasak

Bahagian daging lembu yang disyorkan

Goreng tohor,gril atau barbeku

• biasanya, ketebalan stik adalah di antara ¼ inci ke 1 inci
• stik loin siat
• stik mata rusuk ke 1 inci
• stik loin lembut
• daging batang pinang
• daging lembu untuk stik, stik barbeku
• stik minit

Goreng kilas

Sebarang bahagian untuk digoreng kilas, dipotong nipis atau jalur

Kari, merendidih, tumis, kaserol

Sebarang bahagian untuk kari, merendidih, tumis, kaserol dipotong dadu

Memanggang

Sebarang bahagian termasuk:

• pinggul
• sendi buku
• loin siat
• mata rusuk
• bolar blade

Untuk masakan Jepun termasuk stimbot, hotpot, yakiniku, Shabu-Shabu, karubi.

Sebarang bahagian dipotong nipis

Untuk masakan Korea termasuk bulgogi,barbeku Korea, Rosu Gui

Sebarang bahagian dipotong nipis